Monday, 22 August 2016

Boracay: Where I met my crush

22/8/2016

Since Dida already published her Maldives so I need to update this quickly la! So lazy to write and watermark the pictures!. Like Dida said ' Tak koser nak letak watermark, I couldn't care less if u want to steal my pictures like org takde life haha'

So I think I'm gonna summarize everything (Actually da tulis sampai part 2 but naa so busy being a Panda 🐼)

4/3/2016

Flight departure at 10.50am (Malaysia time)

Moisturizer kena ambil dek Immigration. 😭

In flight meal macam biasa Nasi Lemak Pak Naseer dah siap pre-book.

Masa tengah tulis ni aku ada dalam flight setelah lebih kurang 1 jam 45 minit berlepas. Tengah bosan decided to write up my journey. Plus there is no one to talk (Kita duduk asing asing. We don't even bother)

Perjalanan amik masa dalam 3 jam 55 minit. Oh kapten flight ni perempuan. Cun gila! Rasa awesome jek. Yela pilot kan. First time ni naik flight yang dipandu oleh kapten perempuan. Salute 👮🏻. Tapi dia senyap jek yang banyak cakap her co-pilot. Hey please nak dengar suara you.

Tak sabar nak sampai. Letih dah duduk.

**Tulis lepas dah sampai**

Selepas 2 jam 15 minit kot selamat mendarat maigad da sampai tapi perkara paling frust nak lalu adalah Immigration sebab queue panjang! And dia cuma bukak satu kaunter jek! Lepas tu dah ramai sgt baru dia bukak lagi satu kaunter but still 2 kaunter jek dengan beratus ratus orang.

Can you imagine? Masa tu ada 2-3 flight yang sampai.

Da selamat lepas Immigration selepas lebih kurang 30 minit queue. Misi mencari transport sebab kita gamble tak book transport awal awal. Masa keluar tu memang ramai la panggil mam transport mam cheap. Tapi kitorang da aim southwest. Pergi southwest tapi unavailable lepas tu adalah datang sorang tu offer okay la 1300 pesos murah lagi dari southwest and naik private car. Laju sikit sampai dan selesa. southwest nak bus and akan singgah R&R dorang. Kitorang naik private car terus jek menuju ke jeti. Tapi Ya Allah cuak sebab jalan kecik driver bawak laju. Mengucap panjang bila bertembung dengan bus. Tapi bagi dorang tu perkara biasa siap tanya lagi 'are you afraid?'of course I'm afraid!

Sepanjang perjalanan nak ke jetty tu boleh nampak kawasan Kalibo tu and bila nak dekat dekat sampai Ya Allah breathtaking gila view. Dah nampak pantai biruuuu gila. Excited! (Ada video. Tengok la nanti rajin upload la video tu)



Oh btw sini left hand drive wow taktau pun ingat sama jek macam Malaysia. Sebab kat Thailand pun right hand drive. Indonesia pun sama. (Based on country I have been to)


Perjalanan ke jeti mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Dah sampai jetty tunggu driver park kereta sebab nanti dia akan hantar kita sampai pintu hotel (ambil door to door service). Tak sabar dah nampak laut biru!

Naik boat hmm small boat taktau panggil apa dalam 15 minit. Dah sampai boracay kena naik transport lagi nak pergi hotel. Taktau panggil apa nk cakap van pun bukan dalam 15 minit depends on your hotel location la.

Tapi sampai jetty tu terkejut sikit sebab nampak macam mundur sikit la. Tapi bila da ke pantai. Cantik sangat.


Dah sampai hotel lepas perjalanan yang mencabar. Almost sunset that time. Kitorang stay dekat Starfire Annex Station 3. The cheapest rate I can found in Booking! Bilik for 3 people! Hotel ni betul betul depan dekat pantai. Lari 3 langkah dah sampai. Kat pantai tu ramai local yang lepak dan bermain main.

Btw harga bilik tu bayar cash on arrival and dia ada VAT sejenis tax taktau apa benda which aku tak aware pun pasal tu. Sorry guys. So hotel 6900 pesos divide by 3, 2300 pesos per person

Bilik dia okay. Kecik la tapi boleh la muat untuk 3 orang. Bersih just toilet dia takde bidet. Lepas tu electric dia asyik blackout tapi sekejap jek macam 5 minit cemtu. Rasa dorang pakai generator kot. Entah. Atau memang dah biasa berlakunya ketiadaan electric sebab dalam bilik ada lampu emergency. Prepare sesiap noh.

Our cheapest room. Tangkap masa nak check out

Sampai sampai check in letak bag terus keluar tengok sunset. Ya Allah cantiknya wei macam lukisan! 5.30pm dah sunset! Waktu dia sama macam Malaysia cuma dia gelap awal. Pantai dia biru! tapi banyak anjing keliaran be careful with poops. Station 3 ni banyak local. Dorang cakap sini tempat untuk backpackers. Station 2 hotel sederhana, Station 1 hotel mahal.




First sunset.

Lepas dah menghayati sunset nak berjalan kekonon nak cari makan dan activity. Cam jek dorang orang Malaysia atau maybe sebab aku dua jek dengan kawan aku tu bertudung. Dorang kan bukan negara Islam. Mam, Malaysia mam? Apa khabar?

Rimas. Sebab dorang akan datang untuk offer activity orang. So kitorang jalan jek tanpa tau arah hahahaha sambil perhatikan malam disitu. Our first night hehe.

Jalan jauh ni tak sedar tapi tak jumpa pun kedai makan boleh makan. Ada babi panggang! What do you expect?

Lepas tu tetiba ada la orang ni approach first dia nk offer activity dia tapi tanya dia mana D'talipapa sebab nak pergi situ. Lepas tu dia cakap takpa dia boleh tunjuk bawak kedai halal. So follow jek la walaupun rasa takut. Dah sampai kedai tu ingat leh makan tapi rupanya dia jenis kita kena beli seafood lepas tu dia masak. Der baru sampai kau nak suruh aku makan seafood kau ingat aku bawak duit banyak?

Lepas tu kita macam da pening nak makan mana. Cakap taknak lepas dah blur berapa lama. Dia bawak tempat lain macam fast food dorang dia cakap halal sebab ada Malaysian makan pastu aku tengok dari luar ada pork. Okay cancel. Pastu dia offer nak pergi station 1 dia suruh naik tricycle masa tu terdetik dihatiku ini eh orang ni macam nak tipu jek. Well bila kau travel kau punya sifat waspada tu tinggi. So cakap nevermine. And cakap dengan dia kalau kita nak book activity dengan dia nanti kita call.

Pastu gerak jalan lagi. Penat ni. Jumpa la Restaurant India. Tengok menu okay la makan sini. Makan roti naan 100 pesos. Okay la naan dia besar. Kenyang! Duduk dekat pantai pasir tu.



Masa makan tu tetiba satu kawasan Station 2 blackout. Run! free food for everyone! Haha bongok mat salleh tu

Masa makan pun ada orang pinoy tu jual jual. Taktau jual apa.

Lepas makan jalan jalan cari activity untuk esok. Actually tepi tepi jalan tu banyak sangat orang offer Island hoping and lain lain activity. Basically price sama 800 pesos I think for Island hoping. Tapi kitorang jalan tak tentu arah tak sedar dah 3km berjalan sampai la kitorang stop depan Starbucks. Yer Boracay ada Starbucks. Ada McD, Yellow cab, Korean food and etc.

Sebab mengikut si Bella kawan dia cakap depan Starbuck ni ada orang offer murah.

Lepas tanya la sorang ni eh siapa entah nama dia. Dia memang duduk depan Starbucks. First dia offer private which only 3 of us for 3-4 hours murah! kira dalam aku rasa 2000++ pesos kot. Tapi bila fikir kau tak scary pula tengah tengah laut dengan orang boat lepas tu korang bertiga jek. So decided to take public tour lepas dah tanya banyak kali minta kurang hek. Kitorang book dekat dia Island Hoping including lunch tapi apalah sangat kau boleh makan masa lunch. nanti aku cerita (Tapi sayang dia tak pergi Ariel Points tempat bunuh diri diving dalam laut), zipline, helmet diving, parasailing, parawsunset and ATV. Semua tu bernilai 4000++ pesos per person.

Aku memang bajet dari Malaysia untuk activity akan spend 4000 pesos. Sorry aku tak ingat harga untuk setiap activity tu berapa sebab aku dah amik semua sekali dengan orang tu. Tu pon ada minta discount lagi (Bayaran masuk ke puncak apa entah (masa nak ATV tu dia coverkan. hehe).

So lepas dah dapat book activity sepanjang dekat Boracay kitorang pun jalan pulang ke hotel. Gila jauh dah menapak. That is the consequence if you stay at Station 3. Takpe la jalan sambil mata melilau tengok abam putih kakak putih wow FREE SHOW.  Kalau nak happening duduk kat Station 2. Paling banyak kedai makan dan hiburan. Mana yang tak fikir akhirat boleh la stay Station 2. Tapi sumpah view memang cantik!

Balik hotel kira duit berapa dah belanja haha. Okay nak bagitau aku bawak RM1200 jek bila dah convert dapat 13000 pesos macam tu. Blame currency siapa suruh jatuh! Rate masa aku tukar 100 pesos = 9.05 MYR

Aku, bella, dida tiga tiga orang bawak duit belanja yang berbeza. 

Nanti aku summarize segala budget memandangkan aku ada catat segala perbelanjaan aku dalam buku nota kecil yang dibawa sekali (Dasar cheapskate mesti la kena catat duit keluar masuk) haha

End of our first night in Boracay. Till next post!


Goodnight
Syifa



p/s: Dah lama dah tulis ni tapi dok draft and draft sampai kesudah hihi

No comments:

Post a Comment